Monday, July 18, 2016

Pertimbangan penting sebelum memilih kad perubatan

5 Pertimbangan Pilih Medical Card Terbaik


Kebanyakan orang tidak menilai atau memeriksa secara terperinci polisi mereka. Ramai yang dah di'cover' dengan Personal Accident (PA) dan Critical Illness menyangka mereka benar benar sudah mempunyai perlindungan. Seeloknya dilengkapkan dengan Medical Card. Dan yang terakhir lengkapkan dengan Life Cover (cover kematian apa juga punca). Medical Card yang ambil agak lewat akan berisiko premium mahal atau telah pun mempunyai penyakit maka lebih banyak syarat dan lebih susah untuk mendapatkan perlindungan penuh.Jika selama ini anda bergantung kepada medical card company tempat anda bekerja, fikirkan semula kerana medical card personal harus ada sebagai back up sekiranya anda dibuang kerja akibat sakit atau telah bersara nanti.Ini kerana disaat berikut kos rawatan untuk anda sangat tinggi.
Takaful ni kalau nak ambil cover semua all-in, kosnya sangat mahal. Ejen biasanya akan menasihati supaya allocate 10% daripada pendapatan untuk bayar takaful, walaupun untuk sesetengah org ianya terlalu berat. Bagaimanapun cuba hadkan allocation anda 5% sahaja untuk bayar takaful, tapi dapat cover yang optimum mengikut keperluan sebenar anda.
Untuk pilih medical card ni, anda bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi anda harus pilih berdasarkan risiko sebenar anda sekeluarga. Ejen yang baik akan bertanyakan priority anda, dan propose mengikut keperluan anda. 
Untuk pilih medical card, ini antara faktor yang anda perlu consider:

#1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat

Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.
Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!
Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Pilihan ditangan anda.

#2 – Harga Wad Tahan Inflasi

Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!
Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.
Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang.Nanti rugi jer bayar takaful.Pastikan polisi anda bebas caj penalti jika mahu upgrade bilik semasa admit hospital.

#3 – Had Tahunan Yang Cukup

Executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.

#4 – Had Seumur Hidup Yang Besar

Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita ditimpa musibah.
Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.

**Prudential BSN takaful menawarkan sehingga RM4 juta seumur hidup.

#5 – Harga Caruman Paling Sesuai
Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.
Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, pergi buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Kalau tak selesai masalah sebenar, kira balik jenis cover apa yang anda perlu, dan berapa jumlah sebenar yang anda perlu. Lepas tu baru panggil ejen takaful untuk bagi quotion. Bukan sebaliknya.
Wallahu a’lam.
Sekiranya anda ingin review semula polisi sila hubungi saya dan ianya percuma!!!

Wealth Planner
Rosdiyana Tugiman
019-5101074



**Diolah semula dari penulisan Tuan Zulkifli
http://www.mohdzulkifli.com/2014/07/pertimbangan-memilih-medical-card-terbaik.html

No comments:

Post a Comment