Friday, February 5, 2016

Say No To PTPTPU!!!

PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK


Pelan Takaful Pendidikan Anak PTPA ialah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan ini. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan jangka panjang (dana pendidikan) untuk pendidikan tinggi mereka.
Jika anda menyertai PTPA, anda juga layak memperoleh pelepasan cukai pendapatan sehingga maksimum RM3,000 setahun bagi kombinasi kedua-dua pelan perubatan dan pendidikan. Pelan ini jua menawarkan rider atau perlindungan tambahan di bawah takaful keluarga untuk anda dan anak.Perlindungan tambahan atau rider ini melindungi anda daripada kemalangan peribadi dan hilang upaya, faedah rawatan hospital, perbelanjaan pengebumian dan penyakit-penyakit kritikal.
CIRI UTAMA
– Terbuka kepada semua individu berumur 18 hingga 55 tahun dan anak-anak berumur 15 hari hingga 17 tahun.
– Pilihan tempoh matang yang terhad.
– Tidak ada rampasan jika berlaku pembatalan.
– Kemudahan pengeluaran sebahagian.
– Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.
– Memperuntukkan simpanan dan pelaburan jangka panjang.
MEMILIH PELAN TAKAFUL
Jika anda berminat untuk mendapatkan PTPA, sentiasalah:
– Memilih pelan yang benar-benar sesuai dengan peringkat hidup anda.
– Mengenali jenis takaful yang ada serta kelebihan dan faedah yang ditawarkan.
– Memahami terma dan syarat penting yang digunakan di dalam PTPA. Sekiranya ada perkara yang anda tidak fahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen atau pengendali takaful untuk makna terma-terma tersebut.
JENIS PELAN ASAS
Takaful Pendidikan Anak Biasa
Anda dan anak anda akan menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (dana pendidikan), dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.
Takaful Pendidikan Anak Berkaitan Pelaburan
Sebahagian daripada caruman anda digunakan untuk membeli saham, seperti saham ekuiti atau sekuriti berpendapatan tetap. Sebagai tambahan kepada perlindunagn takaful biasa yang melindungi kematian dan hilang upaya kekal, unit-unit pelaburan ini akan dijual apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.
image
Fulltime Takaful Agent:
ROSDIYANA TUGIMAN
019-5101074
Prudential BSN Takaful Berhad & Prudential Assurance Malaysia Berhad
Call/Whatsapp/SMS/Email now for further explanation regarding this plan: Rosdiyana Tugiman – 019-5101074
Join us on facebook: The Human Savior-prudential BSN


No comments:

Post a Comment